Tuesday, December 16, 2008

Doa Seorang Isteri

Doa Seorang Isteri Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada batasan Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau perliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Ya Allah Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu Perliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku dengan kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya Sekiranya suamiku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah Kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap membuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa rahmatMu Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikan aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri soleha Hanya padaMu Ya Allah aku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku…. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihatinya Kerana Ya Allah Sesungguhnya aku amat menyintainya Amin… Amin… Ya Rabbal Allamin

No comments: