Tanggal 23/12/2008 akan terus terpahat jauh di dalam sanubariku kerna dengan RASMINYA terputus sudah ikatan suci kasih sayang yang disemai selama 9 thn. Tarikh ni bersamaan dengan HARIJADI ARWAH MAK AKU YANG KE-60 (Al-Fatihah.....). Kami telah cuba untuk pertahankan tapi kami tak mampu melawan takdir. Aku redha....Pengorbanan aku utk tahun baru....1420H.
Alhamdulillah........aku mampu melalui saat-saat yang getir semalam tanpa menitiskan airmata. Bukan bermakna aku suka tapi aku nak buktikan pada diri aku yang aku memang kuat.....aku perlu kuat.....Memang saat aku dengar lafaz dilafazkan hanya Tuhan tahu betapa remuk redamnyer hati aku....seolah-olah kaki aku tidak berpijak dibumi nyata.....kalu bleh aku tak nak dengar semua tu..tapi aku perlu dengar coz ianya ditujukan pada aku.......tak pernah termimpi or terdetik dihati aku yang aku perlu lalui semua ini....tapi inilah pentas kehidupan duniawi. Adik aku, FAISAL ada kata kat aku, hidup kat dunia kalu tak de cabaran atau dugaan itu bukan dunia, itu SYURGA....semuanye indah.
Ini juga berkat doa yang tidak pernah putus daripada mereka-mereka yang berdiri teguh dibelakang aku.........keluarga, anak-anak dan kawan-kawan........TERIMA KASIH BUAT KALIAN SEMUA.......
Sedih....????? Memang sedih sangat-sangat tapi aku kena kuat dan bangkit demi zuriat-zuriatku. Aku akan pastikan mereka tidak akan jadi mangsa keadaan kerna hanya aku yang terputus hubungan bukan zuriatku.
Moga pengalaman ini akan mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sempena Tahun Baru 1420H ni......aku nak mulakan hidup baru dengan title yang baru dirumah baru, ditempat baru...........semuanyer baru la.......kecuali suami baru.......tu belum lagi......
No comments:
Post a Comment