Tiap thn bila hari ibu, hati aku mesti sayu n hiba. Bukan aku tak redha cuma aku bayangkan kalau la mak masih ada mesti best. Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar dah 14 thn emak pergi meninggalkan kami adik-beradik tanpa sempat memberi sebarang pesanan terakhir. Pemergian yang begitu mengejutkan bagi kami sumer baik abah or aku adik-beradik.
Tapi Alhamdulillah segala nasihat dan ajarannya semasa hayat membuatkan ukhwah kami adik-beradik begitu utuh. Moga ianya berkekalan sehingga akhir hayat kami. Itu tandanya emak n abah berjaya mendidik kami sumer. Aku selalu bertanya pada diri, mampu kah aku untuk mendidik anak-anak aku mcm mana mak n abah didik aku dulu????? Insyaallah...dengan kekuatan iman dan semangat dari IBU aku mampu lakukannya. Moga aku juga akan kuat n tabah macam mak.....
RAGAYAH BINTI MD JANA..............mak moga dikau tenang dan bahagia disana........AMIN.
Kami anak-anakmu : AHMAD FIKRI, FAIZATUL AKMAL, FAIZATUL SHIMAL, FAIZATUL ASRAH, AHMAD FAISAL DAN FAIZATUL ZAIZA tidak pernah tidak melupakan mak n abah dengan menitipkan doa utk kalian berdua....sesungguhnya kami amat merinduimu.........
No comments:
Post a Comment