
Sebelum pegi macam-macam aku dengar pasal BTN. Teruk kena lanyak la, x bleh lambat-lambat la, xde masa nak lepak-lepak la dll.
27/5/2010
Pagi g keje dulu....al-maklum la pekerja mithalikannn. Dalam pukul 1.00 ptg ambik Aidid kat taska g antar ke umah Mummynya coz petang nanti depa nak balik ke kampung ngan Syira. Adik-adik aku tolong jagakan hero-hero tu. Thanks ye adik-adik...tak terbalas jasa kalian sumer....ecehhhhh
Pukul 3.00 ptg baru bertolak ke UPM dengan Ika n Anis. Park keter kat padang pekebenda ntah sbb tgk sumer berkumpul kat situ. Usung la beg bagak mcm nak g umrah bertahun tu. Naik bas terus ke Kolej Serumpun. Buat pendaftaran and urusan bilik. Kat situ aje aduuuhh...berjam, punya la ramai manusia. Rupanya kat Kolej Serumpun aje ada 950 manusia. Ada 4 @ 5 kolej utk kursus kali ni. Total 2500 manusia kurang lebih (bak kata Irwanshah).
Aku sebilik ngan Ika ( Blok P4 Bilik 339). Anis n Kak Zunaida (Bomba KLIA) bilik 338. Urusan sumer tu setel kurang lebih jam 6.00 ptg gitu. Aduuhhh!!! berjalan dari dewan ke bilik..bapak punya la jauh, dah tu usung beg umrah tu lagi...hazabnya aku rasa. Sampai bilik aje landing sat kat katil hilangkan hazab. Legaaaaa.... Jadualnya malam jam 9.15 mlm plak ada taklimat.
28/05/2010
Arini sehari suntuk duduk kat dewan dengar ceramah. Pasal Patrotisma, 1Malaysia and Integriti. Aduhhh... ngantuk giler, pungkok pun naik kematu duduk kat kerusi plastik. Malam plak tengok tayangan pasal Palestin segala bagai, pas tu bahagi kumpulan. Aku Kump. 45, Ika - 1, Anis - 27 and Kak Zu - 26. Abis berpecah....
29/05/2010
Arini bermula LDK - Latihan Dalam Kumpulan. Fasilitator aku En. Hafiz. Dalam group aku ada Taufik, Zul, Hisyam, Maazan, Amri, Faizal, Azu, Aisyah, Syikin, Kak Zuraini, Zuraidah, Hidayu, Mira, Malla, Diana, Bayby,Cat and Zura. Mulanya aku ingatkan En. Hafiz ni x best. Ye la dia muda dah tu tengok gaya cam pe yer...entah la tapi rupanya best gilerrrr...tak tension pun. Malam plak tgk citer Hati Malaya dalam dewan. Tengok dalam gelap, badan plak penat so mata pun pe lagi...asyik nak sujud je la...nak tulis nota penting pun x dapat coz gelap...mata aku kejap berdiri tegak dah tu rukuk last-last sujud terus...heheheh tapi pas tu bangun balik..cam tu sampai habis citer..pukul 12 lebih balik bilik aje terusssssssss tido.
30/05/2010
Arini ni masih lagi LDK sepanjang ari coz esok dah last day. Dah masuk petang En. Hagiz tengok muka sorang-sorang dah layu so dia pun take 5 and ajor kami main Raja Ketayap, Raja Katak, Tepuk Selamat n segala bagai la...best giler...
Raja Ketayap
Guna sifir 7
setiap org akan kira 1,2,3,4,5,6 org ke-7 akan cakap KETAYAP dah tu sambung 8,9,10,11,12,13 KETAYAP. cam tu sampai abih orang. Nampak cam senang cuba buat tengok...kalu x fokus jangan harap la...kami buat x sampai 21 pun...dia cabar sampai 21 tapi x dapat. Game ni Kak Zuraini menang
Raja Katak
Org 1 cakap -1 ekor katak, org 2 cakap - lompat dalam kolam, org 3 cakap - toi, org 4 ckp - 2 ekor katak, org 5 ckp - 2 ekor katak, org 6 ckp - lompat dlm kolam, org 7 ckp - lompat dlm kolam, org 8 ckp - toi, org 9 ckp - toi and seterusnya...sampai berapa katak yang bleh kita sebut. Game ni pun nak tgk kita fokus and cekap tak. Dan Juaranya adalah.....AKU...hehhehe...Permaisuri Katak...
Mata dah segar skit, so teruskan kelasssss.
Malam ni LDK - Pengukuhan. X belajar tapi buat game - game yg En. Hafiz ajor kat kami siang tadi. Bebudak group lain x tau. Dah tu ada kuiz and sambil tu ada plak drama konon-konon rusuhan la, demontrasi la sebab group tu x puas hati kena batalkan penyertaan depa. Kononnya dalam sebuah negara yang aman damai mulanya tapi disebabkan sesuatu perkara bleh sebabkan berlaku rusuhan dan sebagainya. Cam tu la lebih kurang....
Balik bilik study skit coz esok exam. Pinta dapat buat dengan mudah and lulus.
31/05/2010
Hari terakhir BTN....yahooooo..
Pagi ni buat senamrobik n poco-poco. Lama dah x berpoco-poco so pe lagi sakan la aku berpoco-poco. Cam la terer sangat, taupun yang basic aje...ok gakkan drpd org lain yg xtau langsung...
Dalam pkl 9.00 pg bertolak dgn bas ke dewan besar utk exam. Aku dapat tempat belakang skit...
Pulun baca sejarah lama-lama - perkara 153, 152, 14, 32 segala bagai sekali yang keluar semasa punya ....adoiya....tenyeh je ler...
Abis exam dlm pkl 12 lebih. Pas tu naik bas blk kolej makan. Peeerrrggghhh!!!! kali terakhir makan kat kolej punya la sedap - nasi minyak. Selama 5 hari duduk kat sini makanan hampeh tetiba arini sedap plak. Alhamdulillah.
Alhamdulillah........selesai 1 bab - BTN.
No comments:
Post a Comment