Friday, October 12, 2012

SUKA + DUKA = SUDU

Hari ini tanggal 12hb Oktober 2012 a.k.a 121012 genap usiaku menginjak setahun lagi.  Hari ini aku 37 tahun.....la dah dekat 4 series rupanyer yer....pantas sungguh masa berlalu.

Moga dengan bertambahnyer usia ini maka aku akan menjadi seorang khalifah yang lebih mentaatiMu, seorang adik dan kakak yang baik serta menjadi ibu mithali kepada anak-anakku yang tercinta.

 Aku mendoakan agar diri ini dikurniakan kesihatan yang baik, dirahmati rezeki yang diperolehi, dilimpahi kasih sayang dari insan-insan yang menyayangiku, dijauhi diri ini dan anak-anakku dari gangguan iblis dan syaitan.  Sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati nikmat dan rahmat didunia ini. Terima kasih Ya Allah......

Tahun ni tiada sebarang sambutan dibuat. Tak de kek, tak de lilin.....Tak macam tahun lepas...........tapi aku bersyukur kerana anak-anakku, adik-beradikku serta sahabat handai yang tidak putus mengutuskan ucap selamat kepadaku serta mendoakan kesejahteraanku....sesungguhnya aku amat menghargainya. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA UNTUK KALIAN SEMUA.

Akhir kalam SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE-37 UMMI ZATUL....

Hari ini juga genap 10 tahun Abah, USTAZ MEHAMOD RAMLI kembali ke rahmatullah......moga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Abah, ampunkan segala silap salah Ma.  Ma rindu Abah......................Ma banyak sakitkan hati Abah.....Ma x dengar cakap Abah...................
Ma terlalu ikutkan hati.............. Abah sakit pun Ma jarang balik jenguk Abah..........PINTA DIAMPUNI ABAH..................Ma bukan anak derhaka kan Abah.....?????

Abah, Ma sunyi.  Kat rumah Ma tak de kawan untuk berkongsi cerita suka dan duka....Ma selalu bayangkan kalu Abah dan Mak masih ada mesti seronok.  Anak-anak Abah dan Mak masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Abah dan Mak dah ada 13 orang cucu............menantu ada 4.  Buat masa ni Ma tak dapat bagi menantu baru pada Abah dan Mak, mungkin suatu hari nanti atau mungkin tidak langsung.  Tapi itu bukan satu masalah pada Ma, Ma ikut je ape yang telah ditentukan.

Moga Abah dan Mak tenang disana................................Al-Fatihah.


No comments: