Monday, September 13, 2010

PRA-RAYA 1431H

Hari Selasa (7/9/2010)

Masa kat opis sebelum balik, aku bersalam-salaman n bermaafan ngan org2 kat opis. Mana la tau kot2 dalam waktu bercuti ni aku 'dijemput' olehNya. Kepada yang aku tak sempat bermaafan tu, aku mintak maaf byk2 la yer....
Lepas berbuka bertolak ke umah Adik, tido kat sana. Dekat skit subuh esok aku nak bertolak tapi tujuan utamanya sebab aku nak ambik anak dara aku kat situ coz dia nak beraya ngan aku thn ni. Alhamdulillah...

Hari Rabu (8/9/2010)

Bangun bersahur 4.30pg. Lepas makan terus aku n anak2 bersiap. Dalam pukul 6pg aku bertolak balik ke Ijok empat beranak. Lebih kurang pukul 10.30 pg aku sampai umah Pahcik. Alhamdulillah....aku n anak2 selamat sampai tanpa sebarang masalah or kemalangan. Terkezut Pahcik tgk aku pagi2 buta dah terpacak depan umah dia.
Rupanya keje mengecat dah siap tunggu aku......hampeh adik2 aku, rupanya depa tinggalkan jugak part mengecat utk aku.....buat jugak la wlaupun tak berapa nak larat. Tapi aku buat sekerat jalan je coz nak memasak utk berbuka plak. Arini aku tender buat segala, aku suruh Pahcik berehat. Aku masak cincai2 jer.....Abg E call dia n kak long nak datang berbuka coz dia jadi imam mlm ni.
Malam aku n Jija sambung mengecat skit je coz aku dah tak larat sesangat n tak berapa nak sampai ngecat kat atas2 tu ye jugak sambil tu anak2 main bunga api.


Hari Khamis (9/9/2010)

Hari ni Hari Jadi Aiman Hakim Yang Ke-10.....Selamat Hari Jadi Sayang, Moga Aiman menjadi anak yang soleh dunia n akhirat. Amin. Umi sentiasa pinta yang terbaik untuk anak2 Umi. Skrang Aiman kena pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga wlaupun Aiman kecil lagi...

Dalam pukul 10 pg keluar ke pekan Ijok g cari ayam, daging, santaN segala bagai la....pegi ngan Acu n Aiman n Aidid. Batrisyia tinggal kat umah coz bz main ngan Klong. Mencari barang sampai ke Batu Kurau.....dah tu mahal2 plak tu rege brg2. Abg E blk B. Gantang ambik K.Ida n beli kek Aiman. So thn ni beraya kat umah Pahcik cuma aku n anak2, Acu, Abg E sefamili n Along Ki of coz la kan umah Mak dia....

Agak kepenatan gak la ari ni coz mengemasnyer, memasaknyer, membasuhnyer n segala nyer la....

*** to be continue.....aku ngantuk la beb....hehehe

No comments: